Sunday, December 2, 2018

         Assalamualaikum w.b.t. Semoga kita tidak lupa untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah S.W.T. dan sentiasa membasahi kalam dengan selawat ke atas baginda Rasulullah S.A.W. Kita sebagai hamba Allah perlulah sentiasa bersyukur dan menyedari bahawa apa yang kita miliki tidak lain tidak bukan  hanyalah milik mutlak Allah S.W.T. Walau sekuat mana kita berusaha, rezeki itu hanya akan datang dengan izin Allah S.W.T. Hari ini kami akan berkongsi sebuah kisah mengenai karamah Sayyidah Nafisah yang membuktikan salah satu kekuasaan mutlak milik Allah berkaitan takdir-Nya ke atas hamba-Nya. Oleh itu, mari kita selami kisah ini. Semoga dengannya terselit hikmah dan hidayah ke atas kita. Amiin... 

Karamah Sayyidah Nafisah

        Sayyidah Nafisah dilahirkan dalam tahun 145 Hijrah di Makkah. Beliau merupakan seorang tokoh Ahlul-Bait wanita yang tekun beribadah dan berhikmah dalam dakwahnya. Di Mesir, beliau duduk berjiran dengan satu keluarga Yahudi yang mempunyai seorang anak perempuan yang lumpuh seluruh anggota. Anak kecil itu amat rapat dengan Sayyidah Nafisah dan sering tinggal di rumahnya. Sebagai seorang Islam yang sentiasa berhikmah, beliau tidak menjadikan jiran Yahudinya itu sebagai penghalang untuk mengeratkan hubungan sesama jiran. Malah, beliau melayan anak jirannya yang lumpuh itu dengan layanan yang cukup baik meskipun anak itu masih kecil. Pada suatu hari, dengan kuasa Allah S.W.T. sewaktu Sayyidah Nafisah mengambil wudhuk, limpahan air wudhuknya itu mengalir membasahi badan anak kecil yang lumpuh itu. Lantas lumpuhnya itu terus pulih dan dia boleh bangun serta berlari lari. Kejadian ini mendatangkan kegembiraan yang teramat sangat di dalam hati ibu bapa anak kecil itu. Dengan penuh keyakinan akhirnya mereka sekeluarga memeluk Islam.

       Kisah ini jelas mengajar kita bahawa tiada halangan untuk berdakwah. Meskipun Sayyidah Nafisah seorang wanita, beliau berdakwah mengikut kesesuaian. Seterusnya, kelebihan sifat rendah diri. Meskipun Sayyidah Nafisah adalah keturunan Rasulullah S.A.W. dan disegani oleh seluruh masyarakat Mesir ketika itu termasuk Imam Syafie sendiri. Beliau tidak meninggi diri dan memberi layanan yang cukup istimewa walaupun sekadar kepada seorang anak kecil yang lumpuh dan berbangsa Yahudi. Kerana hikmah yang ditonjolkan itulah, Islam tersebar luas di zamannya.
Assalamualaikum w.b.t ... Hari ini kami berkongsi sebuah cerita mengenai kelebihan bersyukur. Apakah itu bersyukur? Bagaimanakah kita hendak bersyukur? Sifat bersyukur boleh difahami dalam kalangan masyarakat dengan erti berasa cukup dan sentiasa menghargai pemberian daripada insan ataupun yang Maha Esa.Sifat ini seharusnya sentiasa diaplikasi dan diamalkan oleh setiap individu khusunya para Muslimin kerana sifat ini amat dituntut dalam Islam. Oleh itu, marilah kita selami sebuah kisah yang mengandungi ibrah bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah yang Maha Pemurah.

Kisah Pekerja Kebun Dengan Seekor Anjing.

Dalam sebuah perjalanan, Abdullah bin Jaafar singgah di sebuah kebun kurma. Beliau terlihat seorang pekerja kebun tersebut. Pekerja itu adalah seorang hamba kulit hitam. Pada waktu rehatnya, datang seseorang memberikan hamba itu tiga keping roti. Tiba-tiba datang seekor anjing menghampirinya. Hamba tadi mengambil sekeping roti lalu diberikan kepada anjing tadi. Anjing tadi memakannya. Lalu hamba tadi memberikan sekeping lagi, dimakan anjing itu juga. Anjing tadi belum beredar, lalu diberikannya lagi roti yang lagi sekeping itu  kepada anjing tersebut dan anjing tadi memakannya. Abdullah bin Jaafar terkejut dengan apa yang dilihatnya lalu bertanya kepada lelaki itu, " Berapakah pendapatan kamu?" "Pendapatan saya adalah tiga keping roti sepertimana yang tuan lihat tadi. " Jawab hamba itu. "Jadi mengapa kamu berikan semuanya kepada anjing itu? "Soal Abdullah lagi.


    "Selalunya anjing itu tidak pernah ke sini sebelum ini, anjing itu mesti datang dari jauh, saya tidak boleh biarkan ia pergi dari sini dalam keadaan lapar. " Balas hamba itu. Abdullah bin Jaafar semakin kagum dan bertanya lagi, " Tetapi, apa yang kamu akan makan harini? " Hamba itu menjawab, " Saya akan sabar, saya sudah tukarkan pendapatan saya hari ini dengan memberi makan kepada makhluk Allah yang lapar. " Abdullah bin Jaafar terpaku mendengar kata-kata hamba itu dan berkata, " Subhana Allah! Masyarakat mengatakan saya ini pemurah, tetapi lelaki ini jauh lebih pemurah berbanding saya!" Lantaran itu, beliau membeli kebun berkenaan dan disedekahkan kepada hamba lelaki tadi, kemudian memerdekakannya.

 
    Dari kisah yang diceritakan di dalam kimya'i- Sa'adah oleh Imam Ghazali ini, memberi jawapan yang jelas kepada kita tentang sifat orang yang sentiasa reda dengan takdir Allah SWT dan menumpahkan sepenuh tawakalnya hanya kepada Allah SWT. Bayangkan kita yang berada ditempat hamba itu tadi, Pendapatan kita hanyalah tiga keping roti. Setelah penat seharian bekerja di tengah terik mentari, tiba-tiba datang seekor anjing yang sudah berjalan jauh dan dalam keadaan tidak bersih dan tidak bermaya. Pasti kita akan menghalau anjing itu sekerasnya dengan apa sahaja benda yang ada di sekitar kita bukan? Kerana pertamanya kita lapar dan letih. Keduanya anjing itu kita anggap sebagai hina. Tetapi tidak bagi lelaki itu, dia reda dengan apa yang sudah tesurat untuknya pada hari tersebut kerana redanya dia kepada takdir Allah SWT, manusia (Abdullah bin Jaafar) menjadi reda kepadanya tersebut. Itulah anugerah kepada sesiapa yang sering reda terhadap takdir Allah SWT.


Thursday, November 29, 2018

Assalamualaikum w.b.t... Di hari yang mulia ini, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana masih diberikan peluang untuk  mengecapi nikmatNya. Kita digalakkan agar sentiasa memperbanyakkan zikrullah serta sentiasa membasahi lidah dengan berselawat keatas junjungan besar baginda Nabi Muhammad S.A.W... Adakah kita seringkali mengingati apa yang telah disampaikan oleh baginda kepada kita sebagai umatnya yang tercinta? Adakala kita tidak cakna serta alpa terhadap pesanan baginda kepada kita supaya menjadi umat yang terbaik seta dipandang mulia oleh Allah S.W.T. Oleh itu, kami ingin menyatakan khutbah terakhir dari baginda Nabi Muhammad S.A.W. yang menjadi antara pegangan yang perlu kita jadikan pedoman sepanjang hayat sebagai seorang Muslim.

Petikan Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W :

  "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. "Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu smua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan  yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan diatelah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil." 
 
   "Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diber makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesunggunya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukakn zina."

  "Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada setiap Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

  "Wahai manusia, tidak ada lagi nabi atau rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru, Oleh itu, wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah al-Quran dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu."

     (Khutbah ini disampaikan oleh Rasulullah S.A.W pada 9hari bulan Zulhijah tahun ke-10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah)

Saturday, November 10, 2018










Assalamu'alaikum..
First and foremost,we would like to introduce to you guys with our first dakwah video.
When it says about dakwah,for sure it will be a heavy content in our common side but
we are going to present about the true colours of current generation in managing their feeling in daily life.We hope that you can gain some lessons from our first video and correct us in some drawbacks so that we can strive the best for Islam.




Wednesday, October 10, 2018

IBNU SINA


Image result for avicenna
AVICENNA

Avicenna also known as Ibn Sina or Abu Ali Sina, Persianابن سینا‎ , c. 980 – June 1037 was a Persian polymath who is regarded as one of the most significant physicians, astronomers, thinkers and writers of the Islamic Golden Age.His full name was Abu ʿAli al-Ḥusayn ibn ʿAbd Allah ibn al-Ḥasan ibn ʿAli ibn Sina. He has been described as the father of early modern medicine. Of the 450 works he is known to have written, around 240 have survived, including 150 on philosophy and 40 on medicine.

His most famous works are The Book of Healing, a philosophical and scientific encyclopedia, and The Canon of Medicine, a medical encyclopedia which became a standard medical text at many medieval universities and remained in use as late as 1650. In 1973, Avicenna's Canon Of Medicine was reprinted in New York.
Besides philosophy and medicine, Avicenna's corpus includes writings on astronomyalchemygeography and geologypsychologyIslamic theologylogicmathematics, physics and works of poetry.
Ibn Sina created an extensive corpus of works during what is commonly known as the Islamic Golden Age, in which the translations of Greco-RomanPersian, and Indian texts were studied extensively. Greco-Roman (Mid- and Neo-Platonic, and Aristotelian) texts translated by the Kindi school were commented, redacted and developed substantially by Islamic intellectuals, who also built upon Persian and Indian mathematical systems, astronomyalgebratrigonometry and medicine. The Samanid dynasty in the eastern part of PersiaGreater Khorasan and Central Asia as well as the Buyid dynasty in the western part of Persia and Iraq provided a thriving atmosphere for scholarly and cultural development. Under the Samanids, Bukhara rivaled Baghdad as a cultural capital of the Islamic world.
The study of the Quran and the Hadith thrived in such a scholarly atmosphere. Philosophy, Fiqh and theology (kalaam) were further developed, most noticeably by Avicenna and his opponents. Al-Razi and Al-Farabi had provided methodology and knowledge in medicine and philosophy. Avicenna had access to the great libraries of BalkhKhwarezmGorganReyIsfahan and Hamadan. Various texts (such as the 'Ahd with Bahmanyar) show that he debated philosophical points with the greatest scholars of the time. Aruzi Samarqandi describes how before Avicenna left Khwarezm he had met Al-Biruni (a famous scientist and astronomer), Abu Nasr Iraqi (a renowned mathematician), Abu Sahl Masihi (a respected philosopher) and Abu al-Khayr Khammar (a great physician).